Powered By Blogger

Monday, 18 March 2013

Struktur Jantung Manusia ( Bab 2 Tingkatan 3 )


Struktur Jantung Manusia


Jantung manusia (human heart) terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity), di belakang tulang dada, dan di antara paru-paru (lung) kiri dan kanan.

Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk kon (cone-shaped) dan hujungnya adalah condong sedikit ke arah sebelah kiri badan kita.

Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina daripada otot-otot jantung(cardiac muscles) yang tebal dan kuat.

Keseluruhan jantung dilindungi dengan membran yang tahan lama. Ruang diantara jantung dan membran adalah berisi cecair (fluid) bagi tujuan untuk mengurangkan geseran antara jantung dan organ-organ lain di sebelahnya.


Struktur terperinci jantung manusia.


Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot (muscular chambers).
  • Dua ruang di sebelah kiri: atrium kiri dan ventrikel kiri.
  • Dua ruang disebelah kanan: atrium kanan dan ventrikel kanan.

Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagai septum supaya darah beroksigen (oxygenated blood) tidak bercampur dengan darah yang terdeoksigen (deoxygenated blood).

Ciri-ciri atrium dan ventrikel:
  • Ventrikel mempunyai ruang isipadu (volume of space) yang lebih besardaripada atrium.
  • Ventrikel mempunyai dinding yang tebal berbanding atrium.
  • Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan kerana ruang (chamber) ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh badan.

Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang besar.
  • Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari (pulmonary vein).
  • Atrium kanan dihubungkan ke vena kava (vena cava).
  • Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta.
  • Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri pulmonari (pulmonary artery).

Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis injap (valve):
  • Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri.
  • Injap trikuspid (tricuspid valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan.
  • Injap sabit (semi-lunar valve) mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta, serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari.



THE END……good luck

No comments:

Post a Comment